Sudah agak lama aku tak update blog ni. Last sekali pada bulan Mac 2009. Sepanjang 6 bulan ni, aku banyak menghabiskan masa dengan kerja dan keluarga. Ohyah aku dah dapat ‘ New Mansion’ atau rumah idaman ku sendiri. Cukuplah untuk saya dan isteri bersama berkongsi kegembiraan di rumah sendiri. Kini hampir separuh daripada impian aku menjadi kenyataan.
Apa yang hendak saya kongsikan disini adalah ungkapan Usaha Tangga Kejayaan. Sememang aku akui, sepanjang kehidupan ini, aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberkat perjalanan aku ini. Namun, doa sahaja tidak mencukupi. Ia mesti ditambahkan dengan usaha tanpa jemu untuk mencapai kejayaan tersebut. Dalam merempuh ranjau kehidupan yang semakin kompleks ini, kita perlukan perancangan dan penelitian dalam semua aspek. Dari aspek keluarga, pekerjaan, pembelanjaan dan sebagainya. Jangan sekali berputus asa. Aku percaya setiap cabaran pasti akan ada pembalasannya di hari kelak.
Last but not least Always be Happy and Life Must Go On.
No comments:
Post a Comment