Pada Jumaat, 20 Mac 2009 yang lepas merupakan hari yang mencatat satu lembaran baru dalam hidup aku. Aku secara rasminya memasuki umur fasa ketiga (30an). Ini bermakna aku telah melalui perjalanani hidup selama 31 tahun. Seperti mana orang yang seangkatan denganku, umur 30 an merupakan golongan yang produktif dan berdaya saing. Aku akui pada peringkat ini, pemikiran dan pandanganku mengenai kehidupan juga berbeza.
Tahun ini, saya menyambut bersama isteri tercinta dan keluarga. Hadiah... emmm.. bagiku hadiah paling bermakna adalah menyambut kegembiraan aku bersama keluarga.
Apapun saya ucapkan Happy Birthday kepada mereka yang lahir pada bulan Mac.
No comments:
Post a Comment