11 September 2009

Kenangan Zaman Universiti

Semalam saya tengok wayang ‘I Love You Beth Copper’ ngan isteri. Ceritanya komedi dan lucu. Saya bagi 4 1/2 bintang daripada 10 bintang.
Cerita tersebut berkisar mengenai seorang budak yang meluahkan perasaan cinta terhadap seorang gadis yang paling popular di sekolah semasa tamat graduasi sekolah. Maka apa lagi kecoh satu sekolah kerana pengakuan budak tersebut. Dari sanalah bermula pelbagai adegan dan babak yang lucu dan mencuitkan hati.

Namun, apa yang hendak saya kongsikan, serba sedikit cerita tersebut mengingatkan saya kepada zaman sekolah dan Uni. Dimana setiap lelaki pasti ada menyimpan perasaan cinta terhadap seorang gadis yang popular namun tidak kesampaian kerana tidak diberi perhatian oleh gadis tersebut.

Saya akui pernah mengalaminya pada zaman Uni. Dimana adalah seorang budak perempuan ni amatlah cantik dan jelita. Selain itu, dia juga amat popular dikalangan rakan-rakannya dan juga para pensyarah juga menyukai perwatakkan manjanya. Kiranya dia idaman semua jejaka di Fakulti pada masa tu. Saya pada masa itu hanya seorang lelaki biasa dan tidak ramai kawan-kawan. Geng seperjuangan saya pada masa tu hanya daripada rakan Slumberdeqs sahaja.

Sehingga suatu hari, saya ingat pada semester ketiga atau keempat begitu, Lecturer minta kami semua buat assignment kumpulan. Jadi, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sungguh tidak saya sangka sama kumpulan dengan dia. Dalam hati memberitahu saya inilah peluang untuk bercakap dengan dia. Sememang benar, akhirnya dia mengenali diri aku.
Walaupun saya tidak berkesempatan meluahkan kata cinta kepada dia, sekurang-kurangnya dia sedar akan kehadiran saya dalam kelas. Kisah kami berdua berkawan akhirnya tamat apabila dia telah tamat pengajian awal daripada saya. Namun saya…hmmm sentiasa akan mengingatinya dan hari bercakap dan bergurau senda ketawa bersama dalam kelas akan saya abadikan sehingga akhir hayatku. Thank You For Being My Friends Ms LFB.

No comments:

Post a Comment