02 October 2009

Bumi 'mengamuk'

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan gempa bumi di Sumatera, tsunami di kepulauan Samoa dan ribu taufan di manila. Semua bencana berlaku serentak. Seakan-akan bumi mengamuk di negara Asia Tenggara.
Di Malaysia, dapat merasakan gegarannya yang kuat akibat gempa bumi di Sumatera.
Kesemua bencana alam ini menjadi saya bersujud dan berdoa kepada Tuhan adakah inikah pentanda-pentanda dunia akan kiamat. Seperti mana yang diramalkan oleh bangsa Mayan bahawa bumi akan musnah pada tahun 2012... hmmmm satu persoalan..
Adakah kerana kerakusan manusia yang tidak tahu menjaga alam persekitaran menyebabkan alam 'menghukum' kita. Atau kerana sifat manusia yang kini mementingkan diri sendiri dan tidak kisah dengan sekelilingnya? Semua persoalan hanya dapat dijawab oleh kita sendiri.
Bumi semakin tua.. dan kita penghuninya mestilah menjaga persekitarannya sama ada manusia, tumbuhan atau haiwan. Keseimbangan itu penting dalam memastikan semua kehidupan di Bumi dapat hidup bersama.

No comments:

Post a Comment