22 January 2009

Respect has to be Earn not Through Force

Sudah 21 hari kita melangkah ke tahun 2009. Persekitaran dan sekeliling kita juga banyak yang telah berubah. Baik daripada politik dunia dan tempatan, ekonomi antarabangsa dan kebangsaan dan sosial secara sejagat dan lokal. Hidup toleransi dan semangat give and take harus di amalkan. Seandainya tidak sesebuah tamadun dunia akan musnah jua.

Bagi diri ini, banyak telah berlaku. Tidak terdaya hendak aku kongsikan bersama. Biarlah ia menjadi sejarah hidup diri ini. Apa yang penting adalah jangan mudah mengalah. Hidup ini bagaikan sebuah roda. Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita di bawah. Semakin kita dewasa semakin kompleks dan semakin tinggi citarasa.

Pernah sekali aku tak terdaya bangkit dari tidur kerana tidak bersemangat menghadap kerja-kerja yang menekan diri ini. Bila aku bangkit seakan ada satu beban dan tiada semangat untuk memberi khidmatku. Mengapa aku begitu? Adakah kerana aku menjadi statik dengan suasana persekitaran tempat ku atau tiada motivasi diri lagi hanya sekadar datang kerja tanpa sedar.
Adakah aku mengalami perubahan dalam diri kerana diri ku kini tidak muda seperti dulu. Bulan Mac 2009, aku berumur 31 tahun. Aduii.. Umur yang sungguh mencabar minda dan fizikal. Aku bertanya mampukah aku mengimbangi Tuntutan Kerja, Keluarga dan Diri Sendiri. Adakah aku akan puas atau hanya sekadar angan dan sedar? Aku tiada jawapan untuk semua persoalan tersebut.

Dikala ini, pencapaian yang dicapai adalah memuaskan sahaja. Tiada yang hendak dibanggakan. Namun aku tetap optimis dengan ranjau hidup yang dilalui. Kalau dulu aku seorang, kini aku berdua. Kalau dulu aku kerja di swasta kini sudaha tahun ke tiga aku berkhidmat dengan sektor Kerajaan. Optimis perlu ada dalam diri. Realitinya hidup ini tidak pernah indah. Saya perlu belajar mengambil peluang dan ruang yang ada di hadapan namun dengan cara yang betul dan tidak menyalahi undang-undang.

Mengenai hubungan dengan rakan sepejabat perlukan toleransi dan tolak ansur. Adakala perlu bertegas dalam memastikan sesuatu kerja yang dilaksanakan tercapai namun perlu juga menghormati perasaan dan hati orang lain. Ini kerana ini melibatkan maruah dan penghormatan diri seseorang pekerja. Majikan perlu belajar memahami setiap masalah kakitangan bawahannya. Seandainya kebajikan pekerja terabai pasti tahap kualiti yang dihasilkan hanya sekadar memuaskan. Paling teruk kena SABOTAJ kerana tidak puas hati. Maka perlu ada give and take dalam hal sedemikian.

Walau apa jua yang tiba dalam hidup ini, aku bersyukur kerana masih lagi hidup dan diberkat dengan segala keindahan di persekitaran alam. Respect has to be Earn not Through Force.

Huoooo… It’s True !! It’s Damned True..

No comments:

Post a Comment