28 January 2009

My Weekends Holiday

Belum terlambat hendak aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai. Semoga tahun 2009 membawa banyak tuah dan kekayaan yang melimpah.. Tahun ini aku tak kemana-mana. Hanya berjalan-jalan di sekitar KL yang lengang. Kan best hari-hari begini, highway tak jam bila nak turun berjalan. Tapi yang tak bestnya, bila ada cuti umum semua public area atau tempat riadah pasti ramai orang. Rimas rasanya..
KLCC lagi ramai orang. Ada yang lepak kat area taman tu. Bersantai dan berborak ngan kekawan. Sesak rasa kerana terlalu ramai pengunjung. Macam-macam bangsa ada kat sana. Terasa kat negara asing pula masa tu. Kluangman rindu KLCC dulu dengan suasana aman dan tenang walaupun di waktu cuti.


Last Saturday, aku berjalan-jalan ke Zoo Negara. Wuuuu... kali pertama tu. Semenjak aku datang ke KL pada tahun 1998, ini kali pertama kluangman melawat ‘member’ kat sana. Ramai sungguh pengunjung, ada yang datang dengan keluarga. Ada yang datang berkumpulan. Ada pula yang datang dengan couple. Aik kat Zoo pun nak dating ker.. hmmm jangan-jangan nak dating ngan orang utan kot. Apapun kluangman melawat ‘rakan-rakan’ seperjuangan.



Paling kluangman suka lihat adalah harimau dan singa.. Uuiii..cute betui. Nak aja kluangman cubit-cubit pipi harimau hahahaha. Selain itu, bersempena dengan Tahun Baru Cina semua lembu, seladang dan kerbau dihias dengan kain merah menandakan tahun ini adalah tahun Lembu. Moooo....

Okies... kluang-kluang sekalian.. Jom mengembara ke Zoo Negara dan Selamat Tahun Baru Cina.





No comments:

Post a Comment