Secara sedar, diri ini tersepit dengan pelbagai dilemma. Tiada sokongan malah masalah timbul tanpa henti. Aku sendirian mengharungi ranjau ini. Kehendak diri berlawan dengan ekpektasi orang tersayang dan keluarga. Dengarlah rintihan diri ini. Aku tidak tahan lagi. Mengapa perkara ini mesti berlaku. Tiada siapa dengar. Hanya angin mendengar rintihan hati ini.
Beri aku peluang menyelesaikan masalah dan konflik yang ada satu persatu. Tidak terlintas di hati ini menguris mana-mana pihak. Sekiranya apa yang aku buat telah menyakit dan menguris jiwa, maaf kan aku kerana alpa tanpa menyedari sekeliling turut memerhati. Jangan disalah ertikan tindak dan perlakuan aku yang seakan-akan tidak menghirau hati dan perasaan orang lain adalah tidak benar. Ini kerana hakikatnya aku tidak bermaksud sedemikian cara. Mungkin cara penyelesaian tidak disukai ramai namun apa yang penting kita semua dapat hiudp bahagia dan bertolak ansur. Maafkan aku.
Nukilan ini hanya peringatan kepada diriku bahawa Aku Tidak Sempurna kerana banyak lagi kekurangan. Berilah aku peluang menyelesaikan masalah dan konflik yang dihadapi. Walaupun pahit hendak aku telan namun aku percaya dengan sokongan semua terutama orang tersayang, aku mampu semua akan selesai. Biarlah masa menentukan iakan.
Peace Not War
No comments:
Post a Comment