20 October 2010

MOVIES WEEK

Minggu ini sungguh memenatkan. Bertimbun kerja hendak disiapkan. Pelbagai temujanji dan mesyuarat perlu dikendalikan. Bagaimana ku mencari ketenangan ini di kota yang besar ini. Aku perlukan aktiviti atau hobi mengimbangi kehidupan ku ini. Menonton wayang untuk satu minggu ini berturut-turut selama 7 hari. Hmm, satu idea yang radikal dan mengujakan.

Bermula Sabtu lepas, ku dan isteri telah memulakan CINEMA MARATHON. Bermula dengan cerita ‘The Other Guys’, pada hari Isnin ‘The Sammy Adventures’ kemudian 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2' pada hari Selasa dan pada hari ini ‘Dinner with the Schmucks’, keesokan harinya pula ‘The Switch’, manakala pada Jumaat melihat cerita muzikal KRU ‘Magika’ (mesti tengok ni), menjelang Sabtu cerita ‘Alpha dan Omega’ dan terakhir pada hari Ahad, sama ada cerita ‘Wall Street’ atau ‘Charlie St Cloud’.

Sesungguhnya diakui ia memenatkan namun sekurang-kurangnya aku puas. Okies cheersss…

No comments:

Post a Comment