Setahun sudah ku tak menjenguk blog ku. Banyak perkara telah berlaku sepanjang setahun ini. Tidak ku tahu hendak memulakan bicara. Aku seakan-akan hilang arah mula.
Baiklah ku mulakan bicaraku dengan perkhabaran gembira. Kini aku sudah bergelar Ayah. Tarikh 30 September 2010 merupakan fasa baru dalam hidup ku. Ahli ketiga dalam keluarga aku. Sudah lama aku dan isteri menunggu kehadiran mu ke dunia. Kehadiran mu membawa makna baru dalam hidup aku. Kini, aku ada matlamat dalam hidup ini. Segala yang aku lakukan hanya untuk mu. Jeslysa Clarissa Bermas nama diberi. Terpancar cahaya dari mu yang membawa kebahagian kepada kami semua. Oleh itu, ayah menyediakan satu sajak khas untuk baby girl tersayang :
Kehadiranmu sesungguh ditunggu
Kehadiranmu adalah satu harapan
Kehadiranmu membahagiakan ayah dan ibu
Kehadiranmu adalah segalanya

Tanggal 30 September 2010
Dikau lahir ke dunia
Indah dan sempurna
Ayah dan ibu ketawa gembira
Bila ku memeluk mu
Ayah rasa gembira dan terharu
Dikau seakan mengerti
Bahawa ayah dan ibu menyayangi dikau
Ayah berjanji pada mu
Matlamat hidup ku hanya untuk mu
Tiada yang lebih bermakma dari mu
Hanya dikau pengubat rindu dan sayang ku
Jeslysa Clarissa Bermas
Harapan ku tinggi
Diharapkan dikau menjadi insan berguna
Berjasa kepada nusa dan Negara
Ayah dan Ibu menyayangi mu sehingga hayat...
No comments:
Post a Comment